Pengusaha bengkel motor maut ditikam

Pengusaha bengkel motor maut ditikam

PARIT BUNTAR: Seorang pemilik bengkel motosikal maut akibat ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang, di Titi Serong, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 43 tahun ditikam oleh seorang suspek lelaki di bengkelnya. Difahamkan, mangsa dirawat di Hospital Parit Buntar sebelum meninggal dunia.

Difahamkan, ketika kejadian isteri mangsa berada di pekan Parit Buntar membeli barang manakala anak mangsa yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, sedang makan tengah hari di bahagian belakang dalam bengkel tersebut.

Mangsa dikatakan mengusahakan bengkel motosikal di premis itu lebih 20 tahun.

Sementara itu, setakat ini polis belum memberi pengesahan atau mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut. Utusan

Pengusaha bengkel motor maut ditikam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker