Pas Pahang tunggu arahan Pusat berkenaan MN

Pas Pahang tunggu arahan Pusat berkenaan MN

Baru-baru ini kenyataan dibuat PAS bahawa mereka bersedia menawan kerusi DUN Inderapura – yang kini disandang wakil Umno – mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua parti.

Ia berlaku ketika hubungan PAS-Umno di pelbagai peringkat semakin menegang, dengan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti saling membuat kenyataan pedas.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar – yang membuat kenyataan ‘panas’ tersebut memberikan penjelasan.

Kata Rosli apa yang disebutkannya pada 16 Feb lalu itu merujuk kepada pelbagai senario yang mungkin berlaku menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Rosli berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada persediaan jentera PAS sekiranya hubungan mereka dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) berakhir.

Pun begitu, kata ahli dewan undangan negeri (Adun) Tanjung Lumpur berkenaan, buat masa ini PAS Pahang mempertahankan MN selagi tidak ada keputusan rasmi daripada pemimpin Pusat.

“Kalau ditakdirkan kekal (MN) di Pahang, takkan pula kami nak lawan di kerusi yang Umno menang.

“Tapi, kita kena juga bercakap kalau tak berlaku (lagi kerjasama), takkanlah kita tak buat persediaan.

“Kalau tak berlaku (terbubar) MN, kita kena lawan Umnolah… takkan PAS nak bagi Umno saja bertanding. Itu mustahil, jadi PAS kena lihat dua tiga kemungkinan dalam hal ini,” katanya.

Pada 16 Feb lalu portal rasmi PAS, harakahdaily, melaporkan Rosli sebagai berkata, parti itu mampu mengulangi kemenangan mereka di DUN Inderapura seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Kata Rosli, DUN Inderapura – yang dahulunya dikenali sebagai Lepar – pernah dikuasai PAS dan tidak mustahil keputusan itu boleh berulang.

Untuk rekod kerusi Inderapura kini diwakili seorang pemimpin Umno Pahang, Shafik Fauzan Sharif.

Laporan harakahdaily itu mendapat reaksi balas kem Umno yang mengendalikan akaun Facebook Pahangku Media dengan kenyataan “dakwat muafakat belum kering, PAS Pahang sudah koyakkan kertas.”

Kata Rosli hari ini, ada tiga senario yang sedang didepani PAS sekarang iaitu MN diteruskan, PAS bergerak sendirian dalam PRU ke-15 atau bersama-sama Bersatu dan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama Rosli menegaskan semula pendirian PAS bahawa mereka beranggapan MN perlu menerima Bersatu.

“Bagi kami di Pahang, PAS akur apa saja arahan daripada pimpinan pusat dan setakat ini tidak ada lagi arahan supaya kami bubarkan MN,” katanya.

Sementara itu ditanya jika dia mendengar sebarang komen daripada pimpinan Umno Pahang susulan kenyataan dibuatnya itu, Rosli berkata, setakat ini belum ada, kecuali daripada pihak yang disifatkannya “suara luar”. Mk

Pas Pahang tunggu arahan Pusat berkenaan MN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker