KBAT buat murid sekolah pening

 

PETALING JAYA: Konsep Kema­hiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dipraktikkan di sekolah ter­utama peringkat rendah dan peperiksaan awam didapati sedang menekan pelajar sehingga melahirkan jurang dalam kala­ngan mereka.

Sistem diperkenalkan ham­­pir 10 tahun itu juga seolah-olah mengabaikan terus aspek menilai kemampuan dan kebo­lehan setiap seorang murid.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Uni­versiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad berkata, sistem itu perlu dirombak de­ngan kementerian perlu memberi pe­nekanan kepada asas pengetahuan dan kemahiran selain asas pengetahuan Islam atau moral.

Menurut beliau, konsep KBAT yang dipraktikkan ini sedang menghasilkan jurang antara murid sehingga mereka yang ketinggalan berasa sangat tertekan untuk meneruskan persekolahan.

“KBAT dilaksanakan secara tergesa-gesa dan dipaksa. Sistem sekolah rendah sepatutnya bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran serta nilai asas kehidupan kepada pelajar seperti menerusi Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral di samping adab sopan serta disiplin.

“Fokus dahulu matlamat asas dalam pendidikan peringkat sekolah rendah. Pelajar di peringkat ini mahu pembelajaran yang menyeronokkan dan mahu meneroka tentang asas kehidupan yang bukannya bersifat pertandingan sesama mereka dalam kelas,” katanya.

Jumlah mata pelajaran

Dalam pada itu, Anuar berkata, jumlah mata pelajaran bagi pelajar sekolah rendah juga perlu dikurangkan dengan menyerap lebih banyak pembelajaran dan pengajaran berbentuk permainan.

“Di peringkat awal sekolah rendah, anak-anak perlu diberi peluang asas 3M (membaca, mengira dan menulis), akhlak dan asas kesihatan serta emosi. Mata pelajaran seperti bahasa ketiga atau keempat tangguhkan dahulu. Jangan rosakkan mereka dengan pelbagai masalah,” ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna Twitter yang kini berada di Finland, Hasrizal Abdul Jamil berkata, KBAT yang sedang diterapkan kepada pelajar di Malaysia sedang merosakkan murid negara ini.

Menurut beliau, pengenalan KBAT yang diguna pakai itu langsung tidak mengambil berat soal kesaksamaan antara sekolah demi hak pembelajaran semua murid.

Beliau yang memberi contoh sistem pendidikan di Finland turut menambah, negara tersebut menggunakan sistem kurikulum berdasarkan kemampuan 20 peratus terendah bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
“Maka bantuan pembelajaran disediakan bukan hanya untuk murid yang sepenuh masa berkeperluan khas, tetapi semua pelajar.

“Selain itu, tidak mudah untuk seseorang murid dianggap genius di Finland kerana pendidikan bukan hanya akademik.Jika genius Matematik sahaja, murid berkenaan tetap perlu bangunkan kemahiran bersosial, kemahiran seni penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Penysarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, KBAT yang sedang dilaksanakan mengetepikan keperluan pelajar itu sendiri terutama berkaitan minat mereka yang mahu berkembang.

“Namun menerusi KBAT ini, murid-murid jadi tertekan kerana konsep pembelajaran diterapkan berat untuk tahap mereka,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau, akhirnya kurikulum yang sepatutnya menyeronokkan atau menarik murid ke sekolah membuat mereka tertekan untuk berdepan dengan pembelajaran yang susah untuk difahami

KBAT buat murid sekolah pening


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker