Dewan Ulama PAS desak setiap negeri segera bolehkan tukar agama anak sebelah pihak

Dewan Ulama PAS desak setiap negeri segera bolehkan tukar agama anak sebelah pihak

Dewan Ulama PAS mendesak pihak berkuasa agama setiap negeri “segera” meminda syarat pertukaran agama anak secara sebelah pihak.

Ia berikutan beberapa kecaman terhadap pihak berkuasa agama Perlis kerana mendaftarkan tiga kanak-kanak bawah umur sebagai Islam tanpa kehadiran ibu mereka.

Pendaftaran itu berlaku meskipun Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mengesahkan bahawa penukaran agama kanak-kanak bawah umur perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu dan bapa.



“Dewan Ulama PAS Pusat mendesak pihak berkuasa agama di setiap negeri segera meminda syarat pertukaran agama dengan keizinan ibu atau bapa, bukan ibu dan bapa seperti yang ada di sesetengah negeri,” katanya dalam kenyataan.

Sayap parti kerajaan itu berkata, pengislaman anak-anak Loh Siew Hong dibuat dengan persetujuan bapa mereka sahaja, namun tidak mahu pengislaman itu “diusik”.

“Umat Islam telah lama bersabar dan kita tidak mahu keharmonian agama yang dijamin oleh Perlembagaan akan membakar sentimen dan kemarahan umat Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS juga menggesa Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan dipinda untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah melakukan semakan kehakiman berhubung kes berkaitan orang Islam.



“…khususnya berkaitan pertukaran agama agar tiada lagi konflik seperti ini berlaku pada masa depan,” katanya.

Sayap itu juga mengesyorkan supaya kerajaan menubuhkan sebuah “jawatankuasa mediasi agama” untuk memastikan kebajikan anak beragama Islam yang dipelihara oleh orang bukan Islam diberi keutamaan.

“…dari sudut pemakanan, pendidikan sah yang lebih utama akidah mereka sentiasa dipelihara,” katanya. FMT

Dewan Ulama PAS desak setiap negeri segera bolehkan tukar agama anak sebelah pihak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker