Radzi Jidin kata PT3 belum ada keputusan rasmi lagi
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pada masa ini kementerian sedang meneliti pendekatan sesuai berkaitan PT3 dengan mengambil kira tahap penguasaan pelajar.
“Kita belum buat sebarang keputusan berkaitan PT3, ini jelas. Belum ada sebarang keputusan rasmi oleh KPM berkaitan PT3 ini.
“Justeru, kementerian sedang meneliti apakah pendekatan paling sesuai berkaitan PT3 ini dengan mengambil kira tahap penguasaan pelajar di sekolah,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera, di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular dalam media sosial berhubung pemakluman pelaksanaan PT3 yang akan diadakan semula sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa.
Menerusi maklumat yang tular tersebut mengatakan, pelaksanaan PT3 akan diadakan semula pada tahun ini pada Oktober hingga November selari dengan Pemerkasaan PT3 yang tertangguh susulan pembatalan pelaksanaan PT3 bagi tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19. – UTUSAN
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim
You must be logged in to post a comment.