‘Liverpool tak panik’ – Van Dijk
‘Liverpool tak panik’ – Van Dijk

London: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengakui sukar untuk melupakan keputusan seperti yang dialami pasukannya apabila tewas teruk kepada Manchester City, awal pagi tadi.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal dalam perebutan kejuaraan dan menutup saingan sebelum rehat antarabangsa November di tangga kelapan liga.
Van Dijk menegaskan skuad The Reds tidak boleh melupakan kekalahan 0-3 dan persembahan hambar di Stadium Etihad, sebaliknya perlu menjadikannya sebagai batu loncatan untuk memperbaiki prestasi.
“Anda tidak boleh melupakan keputusan seperti ini,” katanya.
“Jika anda melupakannya, anda tidak akan menjadi lebih baik. Anda tidak boleh hanya memikirkan perkara positif setiap masa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Perlawanan selepas ini menyaksikan Liverpool berdepan beberapa pasukan di kelompok bawah carta, sesuatu yang memberi harapan sekiranya mereka mampu mencipta rentetan kemenangan menjelang tahun baharu.
“Saya tidak fikir perlu terlalu panik. Kami berdepan lawan yang sukar minggu ini dan memperoleh dua kemenangan daripada tiga perlawanan, jadi kami perlu teruskan usaha.
“Ia musim yang mencabar atas banyak sebab, tetapi saya yakin kami mampu bangkit semula. Ia tidak berlaku sekelip mata, kami perlu terus bekerja keras dan pastikan semua pemain berada dalam keadaan cergas untuk membantu pasukan. Itu kunci utama bagi kami,” katanya.
‘Liverpool tak panik’ – Van Dijk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.