Aplikasi eDesa sasar disertai 20,000 usahawan tahun ini
Aplikasi eDesa sasar disertai 20,000 usahawan tahun ini
Seramai 20,000 usahawan luar bandar disasarkan berdaftar dengan aplikasi e-dagang yang dibangunkan khusus untuk meningkatkan ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS), eDesa menjelang hujung tahun ini.
Platform eDesa juga turut membuka peluang pekerjaan baharu kepada kumpulan penghantar makan serta ‘runner’.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, pendaftaran usahawan IKS yang memasarkan produk melalui platform eDesa dijangka bertambah menjelang Ramadan ini sehingga hujung tahun.
“Setakat ini, seramai 500 usahawan luar bandar yang sudah berdaftar dan dijangka pada Ramadan nanti ia meningkat kepada 1,000 orang dan menjelang hujung tahun sehingga 20,000 pendaftaran.
“Agensi di bawah KPLB juga bersedia untuk membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui platform berkenaan.
“eDesa boleh bersama-sama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memainkan peranan bersama-sama untuk kesejahteraan rakyat iaitu bagaimana nak meningkatkan pendapatan dan hasil masyarakat luar bandar khususnya peniaga kecil,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Aplikasi eDesa di sini hari ini.
Mahdzir berkata, aplikasi itu sudah menembusi pasaran di seluruh negara dengan diperluaskan kepada pengusaha barangan kering dan basah, pengusaha inap desa dan juga pelbagai perkhidmatan lain yang membabitkan kumpulan PKS dari luar bandar.
“KPLB melihat eDesa berpotensi untuk dibangunkan dengan melihat ia seiring dan melengkapi program Desa Mall@KPLB yang menjadi platform usahawan tempatan berniaga secara dalam talian dan fizikal.
“Kita di KPLB mempunyai banyak agensi yang memberi pinjaman, geran dan khidmat nasihat kepada peniaga kecil.
“Diharap eDesa akan memberi peluang dan ruang kepada produk ‘orang kampung’ dipasarkan dengan lebih meluas dan bakal menjadi aplikasi wajib bagi setiap rakyat Malaysia terutama untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan buatan tempatan,” katanya.
E-desa yang dibangunkan pasangan suami isteri yang juga usahawan, Saiful Zaharin Zakariya dan Fadhilah Azmi dari Kuala Nerang adalah aplikasi e-dagang memfokuskan jualan produk dan perkhidmatan IKS termasuk pertanian, hasil laut, makanan, inap desa, barang mentah dan buah-buahan. BH
Aplikasi eDesa sasar disertai 20,000 usahawan tahun ini
Baca Artikel Menarik:
- Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong
- Kerja Pengerusi MPN tak selesai nak jadi Penasihat Johor
- Khairuddin buktikan kejantanan! Umum letak jawatan
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan
- Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
- Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]
- Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap
- Datuk Seri berimej warak rupanya scammer skim pelaburan
- Nak bocor apa, orang awam pun tahu kewangan negara – Tengku Zafrul
- Tinggalkan UMNO satu ibadah, dalil terbaru Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar
Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)
You must be logged in to post a comment.