PRN Johor : Analisis Bukit Pasir

Oleh Nurul Aishah

PADA Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, kerusi Dun Bukit Pasir milik PAS. Kerusi tersebut merupakan satu-satunya kerusi yang PAS berjaya menangi dalam PRU yang lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, PAS diramal tidak akan mampu memenangi walau satu kerusi pun. Perkara ini disebabkan faktor penolakan terhadap Perikatan Nasional(PN).



Memandangkan PAS dan PPBM menyertai PRN Johor sebagai PN. Malah mereka juga akan menggunakan logo Perikatan Nasional maka PAS bakal kehilangan satu-satunya kerusi milik mereka di Dun Bukit Pasir (N8).

Kerusi Dun Bukit Pasir Dimenangi oleh kapten (B) Hj Najib Bin Lep dengan jumlah undi sebanyak 9,835. Majoriti yang berjaya diperolehi adalah 1,883 dalam PRU-14 yang lalu.

Menurut penganalisis politik, sekiranya PAS bertanding solo, pengundi akan kekal memberikan sokongan mereka kepada PAS. Akhirnya, PAS akan tidak relevan lagi di Johor apabila mereka bergabung dengan PPBM yang dengan jelas telah ditolak oleh rakyat.

Sebelum ini, timbul desas desus bahawa parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN. Senarai calon yang akan bertanding mewakili PN akhirnya telah dimuktamadkan.



Presiden Gerakan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dilaporkan berkata, PN akan mengumumkan senarai calon mereka untuk PRN ini pada 23 Februari, iaitu tiga hari sebelum tarikh penamaan calon.

Isu yang lebih penting di sini, bukan sekadar senarai calon sahaja. PAS bakal hilang kerusi milik mereka dalam PRN Johor kali ini gara-gara bergabung dengan PPBM.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker