PRN Johor, kemenangan kepada parti politik yang mampu yakinkan rakyat

ADALAH sesuatu yang sangat menarik apabila ramai pihak termasuk mereka dari sebelah pagar lain dari UMNO secara berterus terang menyatakan yang Johor akan menuruti jejak langkah Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Mac ini.

Cakap-cakap seperti ini sekali gus menjadikan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak senang duduk.

“Saya tidak berasa selesa sebenarnya…saya khuatir jentera BN turut menjadi selesa dan berada di zon selesa,” kata Mohamad.

Bukan beliau sahaja yang berasa begitu. Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad pun merasa perkara yang sama.

Pada Rabu lalu, Hasni ketika memberi taklimat kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkaitan PRN Johor turut menegaskan yang negerinya tidak sepertimana Kelantan, Terengganu atau Pahang, Melayu cuma sekitar 52 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi.

Oleh yang demikian, beliau mengingatkan jentera partinya agar lebih waspada dan menjaga sensitiviti kaum lain ketika berkempen.

Malah Mohamad sendiri mengakui, Johor mencerminkan populasi majmuk Malaysia yang sebenarnya, tidak sepertimana Melaka.

Beliau mengingatkan jentera partinya agar segera keluar dari zon selesa dan jangan terlalu yakin yang mereka akan dapat mengulangi kejayaan sepertimana di Melaka dalam PRN Johor nanti.

Setuju dengan pandangan kedua-dua pemimpin ini. Rasa riak dan sombong boleh membawa kepada kelalaian dan kejatuhan.

Ia adalah satu pesanan yang baik untuk jentera parti itu agar tidak lalai dan seronok dilambung kejayaan masa lalu.

Dalam konteks ini, bersifat sederhana dalam kempen dan bersikap merendah diri adalah formula yang terbaik untuk semua parti.

Pengundi dan rakyat Johor mahukan kestabilan politik di negeri mereka. Ketidakstabilan dan ketidakpastian hanya menjadikan keadaan tidak menentu dan ini adalah tidak bagus untuk pertumbuhan ekonomi.

Ramai orang Johor yang diitemui baru-baru ini termasuklah dari komuniti peniaga dan usahawan menyatakan yang mereka akan memberikan undi kepada parti yang dilihat mampu mentadbir negeri Johor dengan baik, berkesan dan bertanggungjawab.

Siapa yang mampu meyakinkan pengundi Johor akan kesemua perkara ini, mereka berpeluang untuk menang.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker