Pemuda tikam diri sendiri selepas bunuh kekasih

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui maut akibat menikam dirinya sendiri selepas dipercayai membunuh teman wanitanya di Batu Berendam, Melaka petang semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, mayat pemuda berusia lewat 20-an itu ditemui dengan kesan tikaman pisau pada perutnya di sebuah rumah di Taman Merdeka dalam kejadian kira-kira 4 petang itu.

Mayat seorang gadis berusia 22 tahun turut ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tusukan pisau di badan, tambahnya.

Kata Christopher, gadis itu, yang dikesan positif Covid-19 berdasarkan semakan di aplikasi MySejahtera, sempat menghubungi rakannya sebelum kejadian bagi meminta bantuan.

“Kita menerima maklumat kejadian daripada rakan gadis terbabit yang dihubunginya untuk meminta pertolongan selepas berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan,” katanya, menurut laporan Bernama.

“Sebaik tiba, pintu rumah dalam keadaan berkunci menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan bomba untuk memecah masuk rumah terbabit.”

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemuda terbabit dipercayai terlebih dahulu menikam teman wanitanya selepas berlaku perselisihan faham sebelum menikam dirinya sendiri berdasarkan penemuan sebilah pisau di perut pemuda berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Christopher, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan punca kematian pasangan muda berkenaan.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel

Pemuda tikam diri sendiri selepas bunuh kekasih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker