PU Riz kini pensyarah Kolej

PU Riz kini pensyarah Kolej

PENDAKWAH dan selebriti, PU Riz berkongsi berita gembira apabila secara rasmi telah dilantik sebagai seorang pendidik.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail,27, dia telah menggalas tanggungjawab baharu sebagai pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Tambah suami kepada personaliti terkenal, Neelofa ini, lantikan tersebut adalah secara kontrak selama setahun dan telah berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.



“Kolej ini diselia oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Insya-Allah bakal bertukar status universiti tahun depan. Sebelum ini mereka melantik PU Amin, terbaharu saya pula.

“Selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, saya juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini. Ia sesuatu yang baharu dan diiktiraf MQA,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, PU Riz berharap agar mutawif yang berkualiti dan berpendidikan dapat dilahirkan menerusi perkembangan penawaran kursus sebegitu di institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.

“Program ini mendapat sambutan baik. Alhamdulillah semua okay. Harapnya universiti lain wujudkan program sebegini. Banyak impak.



“Kalau umrah okay lagi, tapi ibadat haji ini yang susah sikit. Ada banyak jenis haji yang perlu kita ketahui. Orang kena tahu sebab perjalanan haji ini panjang. Perlu ada kepakaran untuk mereka uruskan haji,” ujarnya. Utv

PU Riz kini pensyarah Kolej


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker