MP PAS kata Fadhlina tak perlu ‘berlakon’ isu Minggu Solidariti Palestin

Ahli Parlimen PN nampaknya tidak terkesan dengan permohonan penuh emosi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan Minggu Solidariti Palestin.

Mereka sebaliknya mengkritik Fadhlina dan berkata dia tidak perlu “berlakon” atas nama Palestin.

Terdahulu, Fadhlina dilihat menahan sebak ketika meminta sekolah diberi ruang untuk melaksanakan minggu itu.



Dia juga menggesa ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang agar tidak mengganggu sekolah dan guru untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menyuarakan kekecewaannya terhadap perkara itu.

“Tak perlu tampilkan emosi yang tak perlu di Dewan (Rakyat). Apa yang kita nak tanya (berkenaan) tak boleh takbir dan qunut nazilah di sekolah.

“Fadhlina tak serius bangkitkan isu ini…Dia hanya bangkitkannya pada tiga minit terakhir ucapan (penggulungannya). Dia juga langsung tak sentuh berkenaan 12 wakil rakyat dari partinya sendiri yang gesa Minggu Solidariti Palestin dikaji semula.



“Tolong minta dia lebih serius dan jangan berlakon atas nama Palestin,” katanya.

Berkenaan takbir dan qunut nazilah, Fadhlina berkata: “Jangan susah hati kalau sekolah tak ada takbir, tak ada qunut nazilah. Ada sebab mengapa ia berlangsung dalam suasana aktiviti yang dibenarkan dan bersesuaian dengan sekolah tersebut.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker