Isu Bekalan Ayam: Status Bekalan Ayam Di Selangor Dimaklumkan Isnin Ini

Isu Bekalan Ayam: Status Bekalan Ayam Di Selangor Dimaklumkan Isnin Ini

Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pihaknya perlu berbincang dengan Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri yang dipengerusikan Izham Hashim, terlebih dahulu untuk mengetahui status sebenar bekalan bahan mentah tersebut.

“Kita kena tengok maklumat sebenar dahulu, adakah kerana unsur bekalan kurang ataupun mungkin elemen lain.

“Jadi, Isnin ini kita tengok (hebahan status bekalan ayam). Saya bincang dahulu dengan YB Izham apa masalahnya sebab bekalan ayam memang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya jaga harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kursus Perdana Musim Haji 1443 Hijrah peringkat negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Semalam media melaporkan, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) Idrus Zainal Abidin mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang hari ini disebabkan isu bekalan yang berpunca ayam sakit.

Khamis lepas, Izham ketika mengulas mengenai bekalan ayam di Selangor berkata rakyat negeri itu tidak perlu khuatir berhubung perkara tersebut kerana ia masih terkawal terutama apabila kerajaan bersetuju tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan yang berkuat kuasa serta-merta.– BERNAMA

Isu Bekalan Ayam: Status Bekalan Ayam Di Selangor Dimaklumkan Isnin Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker