Amaran Bill Gates Tentang Wabak Dan Serangan Cacar Jadi Kenyataan

Amaran Bill Gates Tentang Wabak Dan Serangan Cacar Jadi Kenyataan

AMARAN Bill Gates kira-kira tujuh bulan lalu sekali lagi menjadi kenyataan selepas beliau menggesa negara antarabangsa supaya bersiap sedia menghadapi wabak dan serangan cacar pada masa depan.

Menerusi wawancara bersama Policy Exchange bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt pada November lalu, Gates turut menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersebut yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.

Pengasas bersama Microsoft itu juga mengesyorkan penubuhan Pasukan Petugas Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia baharu yang menelan kos berbilion dolar.

“Negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain perlu terlibat membelanjakan ‘puluhan bilion’ untuk membiayai penyelidikan yang membawa kepada inovasi lain seperti membasmi flu dan selesema biasa.

“Saya berharap dalam tempoh lima tahun, saya dapat menulis buku berjudul ‘We ARE ready for the next pandemic’.

“Tetapi, ia memerlukan dana yang akan disumbangkan Washington dan London,” kata individu terkaya di dunia itu.

Beliau juga mencadangkan ‘germ-games‘ sebagai persediaan untuk tindakan biokeganasan seperti serangan cacar di lapangan terbang.

“Bagaimana negara antarabangsa mahu bertindak balas jika serangan biokeganasan (cacar) itu menyasarkan 10 lapangan terbang di seluruh dunia?

“Ia mungkin boleh mencetuskan wabak lebih dahsyat berbanding yang kita sedang hadapi sekarang,” ujarnya sambil menambah beliau akan terus bercakap tentang persediaan menghadapi pandemik sebagai sebahagian daripada kerja amalnya sebagai dermawan.

Menurutnya, banyak R&D perlu dilakukan untuk persediaan menghadapi pandemik seterusnya seperti menghasilkan vaksin lebih murah dan hanya menggunakan tampalan pada lengan.

Pada 2015, pengasas Microsoft itu pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti Covid-19 dan turut menekankan tentang keperluan negara antarabangsa bersiap-sedia untuk menangani situasi tersebut.

“Jika 10 juta orang terkorban dalam tempoh beberapa dekad akan datang, ia adalah disebabkan oleh virus berjangkit dan bukan peperangan,” katanya ketika menyertai Ted Talk kira-kira enam tahun lalu. – Agensi

Amaran Bill Gates Tentang Wabak Dan Serangan Cacar Jadi Kenyataan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker