Wanita dalam dilema tahu rahsia suami sepupu curang di media sosial

WASHINGTON – Seorang gadis mendedahkan dia kini berada dalam dilema untuk memberitahu sepupunya bahawa suami wanita itu menggunakan aplikasi janji temu untuk berfoya-foya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menerusi forum perkongsian Nasihat Hubungan Reddit, wanita tersebut berkata, dia menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari teman lelaki sebelum merancang untuk menziarahi sepupunya yang tinggal di negeri berbeza.

Dia bagaimanapun terpaksa menunda lawatannya kerana mendapati bahawa seorang pengguna lelaki yang sepadan atau ‘match’ dengannya merupakan suami kepada saudaranya itu.



“Ketika saya melayari aplikasi Tinder, saya terlihat profil seorang lelaki yang mana wajahnya kelihatan seperti seseorang yang saya kenali.

“Saya tidak pernah berjumpa lelaki tersebut (suami sepupu) secara bersemuka jadi saya membuat tangkap layar pada profilnya dan mengesahkan bahawa dia adalah orang yang sama,” tulis wanita tersebut.

Tambahnya, dia kini berada dalam dilema untuk memberitahu sepupunya bahawa suaminya menggunakan aplikasi janji temu.

“Dia mempunyai seorang anak. Bagaimana saya perlu memberitahunya?



“Jika saya ‘match’ dengan suaminya, ini bererti lelaki itu sudah mengecam wajah saya. Apa yang perlu saya lakukan apabila bertemu dengannya?” kata wanita tersebut.

Perkongsian wanita itu menerima respons daripada pengguna lain yang memberikan pelbagai pendapat.

“Secara peribadi, jika saya adalah wanita itu, saya ingin mengetahui perkara ini sekarang. Ia memang teruk namun kamu hanya perlu berterus-terang dengannya bahawa kamu mendapat tahu sesuatu yang membimbangkan. Beritahu dia dan tunjukkan tangkap layar tersebut,” kata seorang pengguna. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker