Label Hamas organisasi pengganas, Pejuang Palestin kecam Australia

Kumpulan pejuang di Palestin mengecam sekeras-kerasnya pengumuman kerajaan Australia bahawa ia akan menamakan seluruh organisasi Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai kumpulan pengganas.

Tindakan yang mencetuskan permusuhan itu dilihat senada dengan tuntutan negara haram Israel untuk menjenayahkan perjuangan mempertahankan negara Palestin terhadap pencerobohan rejim Zionis.

Ahli Biro Politik gerakan Jihad Islam, Khalid al-Battash menyifatkan, langkah itu sebagai kejam dan selaras dengan permintaan Tel Aviv untuk mengharamkan perjuangan rakyat Palestin membebaskan tanah dan memulihkan hak mereka yang sah serta tidak boleh dipisahkan.



Khalid menyatakan bahawa keputusan Australia akan membuka jalan kepada pegawai Israel untuk meningkatkan pencerobohan mereka terhadap rakyat Palestin dan seterusnya melanggar perjanjian dan prinsip antarabangsa.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa langkah itu akan menutup jenayah penjajah Israel, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki serta kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Sementara itu, Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC) berkata, Australia sepatutnya mempertimbangkan jenayah rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dan tindakan kejam yang berterusan termasuk membunuh rakyat negara itu.

Gerakan Mujahidin Palestin turut mengecam langkah itu sebagai kesinambungan pencerobohan Barat terhadap Palestin dan barisan pejuang.



Ia menegaskan bahawa keputusan kerajaan Australia akan melindungi jenayah penjajah Israel terhadap negara Palestin.

Pergerakan itu menyatakan bahawa langkah itu akan menggandakan keazaman Hamas untuk meneruskan perjuangan menentang Israel.

Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP) juga berkata bahawa keputusan Australia untuk menyenaraikan Hamas sebagai pengganas adalah manifestasi jelas sokongannya ke atas Israel dan pengesahannya terhadap jenayah rejim pendudukan terhadap rakyat Palestin. – Agensi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker