Tidak Bergaduh… BN Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik

Tidak Bergaduh… BN Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak mengamalkan pergaduhan sebaliknya hanya menjawab tohmahan dilemparkan oleh lawan politik termasuk Perikatan Nasional (PN).

Tegas Presiden UMNO itu, jika tidak dijawab bimbang ada lagi yang akan terpengaruh seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Yang telah dijawab pun tetap mereka akan putar-belitkan. Inikan kalau tidak dijawab. Maka menjadi kewajipan BN untuk mempertahankan diri dan menjelaskan yang sebenar kepada umum.

“PN baru disindir sedikit sudah melenting, tetapi bertalu-talu tohmahan ditujukan kepada BN tidak mengapa.

“Pakatan Harapan (PH) belum nampak bergaduh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana tidak ‘diserang’ oleh PN,” bidasnya lagi dalam satu hantaran di Facebook.

Apa pun tambah Ahmad Zahid, itu yang agak menghairankan sedangkan pimpinan PN sering melabelkan PH musuh umat yang nyata.

“Tetapi jadi sasaran bertubi-tubi PN kali ini adalah BN sehinggakan fitnah terhadap Pengerusi BN diulang semula.

“Mengapa terdapat perbezaan sikap PN terhadap BN dan PH untuk PRN Johor kali ini biar rakyat merumuskan,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Tidak Bergaduh… BN Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker