Nordin trauma dipukul, ditendang anak tiri
Nordin trauma dipukul, ditendang anak tiri
YAN: “Walaupun dia buat pada kami, baik buruk, dia tetap anak makcik,” kata Salmiah Man, 66.
Ibu kepada lelaki berusia 29 tahun yang ditahan polis selepas memukul dan menendng bapa tirinya kerana tidak diberi wang untuk membeli dadah itu, juga berharap anaknya ditahan di penjara atau wad psikiatri kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi di kawasan rumah mereka di Kampung Ruat, di sini semalam, suami Salmah, Nordin Ahmad, 72, cedera di telinga dan tangan kiri selepas dipukul dan ditendang anak tirinya itu. Kejadian itu kemudian tular di laman Facebook (FB).
Berikutan itu, suspek yang juga penagih dadah serta memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental, ditahan polis jam 6.45 petang di Kampung Lubuk Iboi, di sini selepas bapa tirinya membuat laporan polis.
Salmiah ketika ditemui berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu sudah lama terbabit dengan penagihan dadah kerana terpengaruh dengan rakan.
Sebelum ini, katanya, mereka pernah membuat laporan mengenai suspek kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pihak berkaitan kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana anak lelakinya kerap mengamuk jika tidak diberi wang membeli dadah.
“Dia selalu balik sini, makcik bagi dia makan. Dia selalu minta, kadangkala RM50 tapi semalam pakcik suruh bagi RM10 sebab nak berjimat. Anak berang dan mengamuk, masuk rumah ambil surat OKU mental dia sebelum keluar dan tendang pakcik dari belakang. Makcik marah juga, tapi sebab dia anak, baik buruk dia tetap darah daging makcik,” katanya.
Sementara itu, Nordin berharap pihak berkuasa dapat menahan anak tirinya lebih lama kerana bimbang suspek akan pulang membalas dendam, apatah lagi kejadian membabitkan penagih dadah akhir-akhir ini sehingga ada yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri menyebabkan mereka bimbang.
“Sampai sekarang saya masih trauma, takut pun ada. Takut dia datang sini balas dendam, penagih dadah boleh buat apa saja,” katanya yang turut mengalami kecederaan di rusuk kanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata suspek direman sehingga Jumaat ini dan hasil siasatan awal mendapati, dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.
“Ujian saringan awal urin mendapati dia negatif dadah. Selain itu, kita turut memanggil tiga individu yang terbabit memukul suspek dalam video tular semalam, seorang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan malam tadi, manakala dua lagi datang pagi tadi untuk beri keterangan,” katanya.
Shahnaz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012. BH
Nordin trauma dipukul, ditendang anak tiri
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy
- Cari duit makan la tu
- Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP
- Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib
- Zizan tinggalkan dunia forex, minta peminat doakan untuknya
- Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler
- AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’
- Tips Main Mesin Yang Kuat Telan Duit (Video)
- Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy
- Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab
- Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri
Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran
Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi
You must be logged in to post a comment.