Aset Hampir RM1 Trilion, KWSP Wajar Bantu Rakyat Benarkan Pengeluaran i-Citra – Dr Asyraf

Aset Hampir RM1 Trilion, KWSP Wajar Bantu Rakyat Benarkan Pengeluaran i-Citra – Dr Asyraf

Ternyata apa yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menggambarkan prestasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal terjejas akibat pengeluaran RM101 bilion bagi tujuan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra adalah meleset, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, dengan jumlah aset KWSP terus berkembang mencecah RM1 trilion dan dividen yang dianggarkan mencecah enam peratus, sewajarnya pengeluaran kali terakhir RM10,000 yang amat dituntut dan diharapkan oleh rakyat dipenuhi.



“Anggaran kira-kira RM25 ke RM30 bilion kesan pengeluaran terakhir tidak akan menjejaskan aset pelaburan KWSP sebanyak RM983 bilion.

“Malah prestasi pasaran modal dan kewangan yang baik juga pastinya mampu memberikan pulangan balik kepada dana KWSP yang dikeluarkan dalam jangka masa pendek,” ujar Dr Asyraf yang Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dalam satu lontaran di Facebook.

Tambahnya lagi, pengeluaran kali terakhir ini juga wajar kerana dapat membantu beban rakyat yang terhimpit kesan pandemik COVID-19 selain memenuhi Akta KWSP.



“Pengeluaran kali terakhir ini juga penting bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat yang sememangnya susah, gelisah dan amat terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak akibat pandemik.

“Bahkan ia bertepatan dengan roh dan semangat Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k)(l)(m) yang menyatakan pengeluar adalah dibenarkan kepada “ahli Kumpulan Wang itu yang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup”,” katanya lagi.

Untuk rekod, Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 27 Ogos tahun lalu menggesa kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Ini termasuklah berkaitan pengeluaran kali terakhir i-Citra RM10,000 secara ‘one-off’.



Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hal berkenaan pernah menegaskan bahawa desakan pengeluaran ‘one-off’ wang KWSP RM10,000 buat kali terakhir bukan isu politik, tetapi isu berkenaan kepentingan rakyat yang masih dalam kesusahan berdepan kesan ‘long COVID’ ekonomi.– UMNO ONLINE

Aset Hampir RM1 Trilion, KWSP Wajar Bantu Rakyat Benarkan Pengeluaran i-Citra – Dr Asyraf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker