Anak Elfira Loy Disahkan Alami Jangkitan Paru-Paru

Anak Elfira Loy Disahkan Alami Jangkitan Paru-Paru

IBU mana yang tidak risaukan anaknya bila ditimpa sakit berpanjangan.

Bagi pelakon, Elfira Loy, satu kelegaan buat dirinya bila mana akhirnya masalah anaknya yang kerap demam, batuk, selesema yang di lalui anaknya terjawab bila mana doktor akhirnya mengesahkan anaknya mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.

Selepas menjalani beberapa rawatan, akhirnya masalah anaknya itu diketahui.
Malah menerusi Instagramnya, baru-baru ini, Elfira yang kini hamil anak kedua berkongsi kisah si comel Muhamad Rayyan Khalaf.

“Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after looooong on-off sick period.

“Today, mommy tergerak bawak jelah jumpa Dr walaupun macam selesema & batuk je. So , we went to Andorra buat rtk, test clear baru buat xray.

“The result came in, with infections at both lungs. Ada phlegm pulak , Dr kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh,” ceritanya lagi.

Pun begitu kata Elfira, dia bersyukur bila mana Rayyan tidak demam dan dibenarkan untuk berehat di rumah dengan beberapa rawatan susulan untuk melegakan Rayyan.

Malah menurut Elfira, dia tergerak hati untuk menerima rawatan di beberapa tempat berbeza bagi menerima pandangan dan nasihat dari pakar berbeza untuk mengetahui permasalahan anaknya.

Dan itulah yang dilakukannya untuk melegakan masalah kesihatan Rayyan.

“So, since Rayyan tak demam, boleh balik monitor kat rumah je lepas 2 kali Neb dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah.

“P/s : ni bukan first time kita pegi checkup. Dah pegi hospital and clinic pun baru -baru ni”. Nasib baik Dr kat sini nak buat xray.

“So we found out lung infections. Kalau tak, memang macam flu dan cough je. Mommy memang ada trust issues lah dengan hospital & clinic mana nak pegi.

“So mommies , if you dont feel good about your babies, just keep trying and go to different places.

“Semoga cepat sembuh baby mommy ❤️,” tulisnya lagi.

Semoga Rayyan cepat-cepat sembuh untuk kembali ceria seperti selalu.

Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada Januari 2019.

Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia tiga tahun malah kini Elfira juga sedang menantikan kelahiran anak keduanya.-AA

Anak Elfira Loy Disahkan Alami Jangkitan Paru-Paru

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker