Patut Haaland, bukan Ronaldo – Ince

Patut Haaland, bukan Ronaldo – Ince

LONDON: Paul Ince mempersoalkan tindakan Manchester United menandatangani Cristiano Ronaldo berbanding cuba mendapatkan Erling Haaland.

Ikon Red Devils, Ronaldo, 37, kembali ke Old Trafford dari Juventus pada Ogos namun bintang Portugal itu gagal mencetus perubahan di Manchester United dengan skuad kendalian Ralf Rangnick sedang mengharungi musim paling buruk dalam sejarah kelab.



Bintang sensasi Dortmund, Haaland sudah lama berada dalam radar United dan mereka mampu mendapatkannya musim panas lalu jika berbelanja lebih ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

“Ketika Ole mengambil alih pasukan, sasarannya adalah untuk membentuk skuad muda tetapi tiba-tiba mereka membawa masuk pemain 37 tahun.

“Kenapa tidak dapatkan Haaland? Anda tidak memerlukan Ronaldo, tetapi hanya disebabkan dia akan ke Manchester City.

“Pada awalnya memang bagus kerana tanpa Ronaldo, mereka sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara. Mereka rasakan ia bagus untuk kelab dan pemain-pemain muda.



“Tetapi sejak akhir-akhir ini, tindakannya terus meluru masuk ke bilik persalinan, tidak menghargai penyokong, merungut – ia bukan contoh yang baik.

“Saya juga sering kecewa tetapi anda perlu lepaskannya di tempat tertutup, bukan di depan peminat dan kamera,” kata Ince.

Ronaldo meledak 14 gol sebelum tahun baru tetapi kemarau jaringan dalam enam penampilan terakhirnya – tempoh paling lama sejak dia tidak menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan untuk United pada musim 2008-09.

“Dia pentingkan diri sendiri – Ronaldo adalah tentang Ronaldo. Jika dia tidak menjaringkan gol, dia tidak akan gembira.



“Kita dapat lihat ketika di Juventus, apabila dia meninggalkan kelab, Giorgio Chiellini berkata mereka boleh menjadi keluarga semula.

“Ia sepatutnya tentang Manchester United dan pasukan tetapi kini ia tertumpu kepada Ronaldo,” kata bekas pemain United itu. BH

Patut Haaland, bukan Ronaldo – Ince


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker