MARA Corp, SPRM temui perbelanjaan mencurigakan
MARA Corp, SPRM temui perbelanjaan mencurigakan
Pihak pengurusan MARA Corporation (MARA Corp) diminta hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok susulan penemuan beberapa perbelanjaan mencurigakan dalam siasatan berkaitan dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat agensi itu.
Sumber SPRM berkata, pihak pengurusan MARA Corp akan diminta menjelaskan garis panduan penggunaan kad kredit korporat agensi itu.
“Dalam siasatan SPRM berhubung penyalahgunaan kad kredit korporat MARA Corp sejak minggu lepas, terdapat perbelanjaan mencurigakan melibatkan beberapa pembelian barangan dan perkhidmatan, yang tidak melibatkan agensi berkenaan sepanjang Mac hingga Dis tahun lepas,” katanya kepada Bernama.
Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut barangan dan perkhidmatan yang dibeli menggunakan kad kredit itu.
Khamis lalu, SPRM dilaporkan memulakan siasatan dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat oleh pengurusan tinggi MARA Corp.
Mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan salah laku dan integriti beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA), beliau berkata, 17 individu telah selesai dirakam keterangan dan 10 lagi akan dipanggil dalam minggu ini.
Kataya, kertas siasatan kes itu dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut Khamis ini.
Pada 5 Feb lalu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.
Pada 7 Feb pula, SPRM menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada MARA, MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat. FMT
MARA Corp, SPRM temui perbelanjaan mencurigakan
Baca Artikel Menarik:
- Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
- Projek PR1MA disabotaj
- Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
- Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
- Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
- Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
- DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
- Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
- Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
- Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
- ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]