KTMB beri diskaun 25% pakej Keluarga Malaysia
KTMB beri diskaun 25% pakej Keluarga Malaysia
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada warganegara Malaysia, bermula semalam hingga 31 Dis.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rani Hisham Samsudin berkata pakej tersebut menawarkan diskaun 25% bagi pembelian minimum empat tiket dalam satu transaksi (dewasa dan kanak-kanak), untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan dengan menggunakan kod promo KMKTMB2.
“Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi negara, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal menjadi pilihan utama, melalui promosi yang dirangka khas untuk Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menyatakan melalui pakej tersebut, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Untuk itu, menurutnya pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau melalui laman sesawang KTMB. FMT
KTMB beri diskaun 25% pakej Keluarga Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Belajarlah dari Nik Abduh – Armand
- Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain
- Muller dikecam jual mani kuda
- Bakar al-Quran, lelaki direjam hingga mati dan mayat digantung pada pokok
- Dah Kenapa Orang Batu Pahat Perambat Bang Non!!!
- Itu Zakar Dia La – Mesej Aaron Aziz Kepada Isteri
- Kem Sri Banding, Gerik diceroboh
- Najib menghadap TMJ, isteri
- Adik Anwar dihalau Karpal Singh ketiak mahu buat bayaran guaman Anwar
- Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
- Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah
You must be logged in to post a comment.