Jantung berlubang, Nur Qaleesya perlu RM80, 000 untuk pembedahan

Jantung berlubang, Nur Qaleesya perlu RM80, 000 untuk pembedahan

GEORGE TOWN – Sepasang suami isteri merayu bantuan orang ramai menyalurkan sumbangan bagi menyelamatkan nyawa anak bongsu mereka yang kini perlu menjalani pembedahan jantung berlubang selain injap jantung sempit.

Mazuwan Mahat, 45, berkata, anak perempuannya, Nur Qaleesya Batrisya, 3, dikesan mempunyai masalah bengkak hati, batu karang hempedu, tumor di ovari dan penyakit jantung yang serius sejak dilahirkan.

Jelasnya, usaha pihak hospital serta keluarga yang tidak putus asa membawa anak bongsu daripada empat beradik itu mendapatkan rawatan berjaya menyembuhkannya daripada barah.

Bagaimanapun, Mazuwan berkata, anaknya kini memerlukan pembedahan jantung segera susulan pernafasannya lemah akibat daripada injap jantung sempit selain menghidap penyakit jantung berlubang.

“Bagi menyelamatkan nyawa anak kami memerlukan RM80,000 bagi menjalani pembedahan segera namun saya dan isteri tidak mampu menampung kos tersebut memandangkan purata gaji bulanan saya sebagai pekerja di pasar raya hanya RM1,400 selain harus menyara tiga lagi anak berusia antara 11 hingga 15 tahun.

“Susulan itu, kami meminta bantuan daripada daripada pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity) bagi mengumpul dana kos perubatan Nur Qaleesya,” katanya yang menetap di Bedong, Kedah.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihak hospital mengesahkan Nur Qaleesya kini mudah letih selain daya pernafasan yang lemah akibat sakit berkaitan jantung dihadapinya.

“Ini merupakan saat kritikal buat kanak-kanak itu dan pembedahan harus dilakukan segera agar dia boleh meneruskan kehidupannya seperti anak kecil lain.

“Pihak keluarga memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul kos perubatan dari orang awam berjumlah RM80,000 sekali gus menguruskan rawatan bayi mereka,” kata beliau.

Sehubungan itu, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank One Hope Charity & Welfare 3193433435 (Public Bank) atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org.

Orang ramai boleh menghubungi talian 016 – 419 2192, 019 – 232 2192 atau 04 – 539 9212 untuk maklumat lanjut. MG

Jantung berlubang, Nur Qaleesya perlu RM80, 000 untuk pembedahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker