Pondan terjun kolam elak dicekup

Pondan terjun kolam elak dicekup

PADANG TERAP: Seorang pondan bertindak terjun ke dalam kolam bagi mengelak dicekup anggota Jabatan Imigresen di sebuah ladang ketum di Kampung Candeang, Naka dekat sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 malam itu, pondan warga Myanmar berusia lingkungan 20-an menangis dan enggan keluar dari kolam sedalam satu meter walaupun dipujuk anggota imigresen hampir 15 minit.

Seorang anggota imigresen kemudian terpaksa masuk ke dalam kolam tersebut bagi membawa keluar warga asing berkenaan yang berambut panjang paras pinggang.

Difahamkan, ketika serbuan dia berada di dalam khemah yang didirikan berhampiran kolam dan sedang sibuk membungkus daun ketum dipercayai untuk diseludup.

Dia bersama lima wanita dan bayi perempuan yang tinggal di ladang ketum berkenaan kemudian ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Timbalan Pengarah JIM negeri (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, serbuan diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi JIM negeri serta Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Mohamad Rizal Ramli itu dilakukan hasil risikan dan juga maklumat awam.

Katanya, dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Nerang dan Kepala Batas itu seramai 22 individu ditahan kerana tinggal lebih masa selain dikesan masuk ke negara ini tanpa sebarang pas sah.

“Mereka yang ditahan dalam operasi berakhir pukul 3 pagi itu terdiri daripada warga Thailand, Myanmar, Kemboja, Bangladesh dan Indonesia.

“Semua yang ditahan berusia sembilan bulan hingga 52 tahun terdiri daripada sembilan lelaki termasuk seorang kanak-kanak empat tahun dan 13 wanita termasuk seorang bayi dan seorang kanak-kanak enam tahun,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Utusan

Pondan terjun kolam elak dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker