MUDA akui perbincangan kerusi dengan PKR belum selesai
JOHOR BAHRU – PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) belum membuat kata putus berhubung agihan ke atas tiga kerusi antara parti gabungan itu.
Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, perbincangan kerusi bersama PKR itu akan diteruskan secara tertutup di meja pembangkang, sebelum apa-apa kenyataan dikeluarkan.
“Perbincangan kerusi antara PKR dan Muda dibuat secara tertutup dan sulit serta masih belum dimuktamadkan.
“Jika perbincangan itu tidak mencapai kata sepakat dan menemui jalan buntu, Muda akan maklumkan media tentangnya.
“Kita sudah ada beberapa kerusi untuk ditandingi daripada rakan pembangkang dan mencuba sebaik mungkin untuk kurangkan pertindihan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) dan Muda di sini, hari ini.
Hadir sama, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ditanya bila MUDA akan mengumumkan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandinginya, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, perkara itu akan dilakukan selepas semua perbincangan dimuktamadkan.
“Calon pertama Muda membabitkan kerusi Puteri Wangsa akan diumumkan malam ini, namun buat masa ini kita akan berunding dulu sebelum memberi kenyataan lanjut,” katanya.
Sebelum ini desas-desus timbul mendakwa rundingan kerusi antara PKR dan Muda berlangsung dalam suasana tegang.
Ini kerana apabila Muda didakwa mahu kerusi Larkin dan Bukit Gambir, namun ditawarkan kerusi Tanjung Surat, Sri Medan dan Semarang, tiga kerusi luar bandar yang menjadi kubu kuat UMNO.
Hari ini, Anwar mengumumkan lima kerusinya bagi Johor Selatan termasuk Larkin yang akan ditandingi calon parti itu iaitu Dr. Zamil Najwah Arbain. -KOSMO! ONLINE
MUDA akui perbincangan kerusi dengan PKR belum selesai
Baca Artikel Menarik:
- Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
- Projek PR1MA disabotaj
- Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
- Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
- Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
- Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
- DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
- Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
- Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
- Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
- ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.