Dini Schatzmann hanya berlakon cinta dengan Janna Nick?

Dini Schatzmann hanya berlakon cinta dengan Janna Nick?

MUNGKIN pada pandangan segelintir yang dengki, pengorbanan yang dilakukan pelakon, Dini Schatzmann hanyalah satu propaganda. Cinta sayangnya terhadap kekasihnya yang juga seorang pelakon, Janna Nick hanya ‘lakonan’ semata.

Adakah kerana kedua-duanya pelakon, maka ada pihak yang dengan mudah melabel mereka pasangan propa? Apatah lagi ada yang tidak suka melihat kemesraan dan hubungan rapat antara merpati dua sejoli ini.



‘Bila mahu kahwin? Ye ke bercinta?’ adalah antara soalan panas yang sering singgah di ruangan komen pelakon kacak ini. Malah, ada yang sanggup menfitnah Dini kononnya dia menumpang populariti Janna.

Namun bertanya sendiri kepada Dini, tanpa memerlukan sesaat pun dia pantas menjelaskan apa yang terbuku dalam hatinya. Kepada Pancaindera, Dini jawab!

Mesti soalan ini acap kali diterima dan sebagai memulakan sesi ini, saya mahu tanya bila agaknya kalian akan berkahwin? Sudah ada perancangan ke arah itu?

Tipu kalau saya kalau belum ada sebarang perbincangan. Tarikh semua kami sudah bincang. Tetapi apa yang saya boleh katakan, perjalanan masih jauh. Kami tak mahu terburu-buru. We go with the flow. Bila tiba masanya, Tuhan menggerakkan hati kami Insya-Allah, kami akan melangsungkan pernikahan. Tiada tekanan.



Melihatkan perjalanan kisah cinta kalian, bukan sesatu yang mudah. Apatah lagi, kita semua sedia maklum Janna bertarung dengan masalah kesihatan mentalnya. Kesanggupan Dini itu ke tahap mana?

Kami sudah bercinta lagak lama. Banyak yang saya belajar dalam tempoh itu. Kita kalau tiada masalah kesihatan mental tidak akan faham kesakitan mereka. Saya tidak mudah menyerah kalah. Setiap masa ada untuk dia. Kita beri masa untuk dia bertenang. Saya sanggup bertahan dan terus bertahan.

Untuk apa?

Cinta. Kerana saya cinta dia. Saya sanggup korbankan masa, tenaga dan emosi sendiri. Janna selalu merasakan dia menyusahkan saya. Memahami dan menjaga dia itu tidak mudah. Tetapi kerana cinta, saya sanggup. Katalah apa pun, saya ikhlas menyayangi dia.



Boleh kongsi saat paling sukar berhadapan dengan Janna?

Setiap orang ada masalah masing-msing. Anda (penulis) juga ada masalah sendiri bukan? Tetapi Janna ini, dia istimewa. Ketika breakdown, dia tidak akan dengar apa-apa. Itu momen paling mencabar.Saya selalu membiarkan dia melepaskan emosi dan marah sepuasnya. Mula-mula memang sukar. Kita makan hati banyak. Tetapi beri masa dan sayang itu, dia akan perlahan rileks dan mula menerima nasihat.

Pernah tak Dini takut berhadapan situasi itu?

Masalah kesihatan mental bukan satu perkara yang harus ditakutkan. Seperti yang saya cakap, semua orang ada masalah sendiri. Jangan anggap kita sempurna. Dia memerlukan sistem sokongan yang baik. Dan saya salah seorangnya.



Asyik cakap pasal Janna, boleh Dini kongsi perkembangan karier seni sendiri?

Tahu pun! (Ketawa). Saya sudah tiga tahun dalam industri. Sekejap sahaja kan? Sekarang sudah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. Lakonan juga semakin baik, kata orang! (ketawa). Tetapi sejujurnya, saya masih belum puas. Banyak lagi yang saya belum kecapi. Saya sekarang pun lebih meminati bidang fotografi, videografi dan belakang tabir. Lebih dekat dengan jiwa.
Utusan

Dini Schatzmann hanya berlakon cinta dengan Janna Nick?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker