Dua rumah, kereta musnah dalam kebakaran

Dua rumah, kereta musnah dalam kebakaran

TAWAU: Sebuah rumah jenis kekal berukuran 30 kaki x 40 kaki musnah 100 peratus manakala sebuah rumah jenis kekal dua tingkat musnah 85 peratus dalam satu kebakaran di Kampung Kongsi 8 Lorong 1A di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS999 pada jam 2.30 petang.

Dua buah kenderaan FRT, sebuah water tanker dan sebuah van EMRS dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian dengan jarak 12 kilometer.

Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dengan dua pancutan sumber air dari jentera, water tanker serta pili bomba berhampiran.

Kebakaran dapat dikawal dari terus merebak pada jam 3.06 petang dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.41 petang.

Turut musnah 100 peratus, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda.

Kebakaran turut melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun yang mengalami luka melecur 10 peratus di bahagian perut dan dada.

Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Tawau oleh keluarganya.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.-AA

Dua rumah, kereta musnah dalam kebakaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker