Arab Saudi benar sambutan Hari Kekasih

Arab Saudi benar sambutan Hari Kekasih

RIYADH – Pameran tingkap kedai-kedai di Arab Saudi dilaporkan dipenuhi dengan busana dan pakaian dalam berwarna merah menjelang sambutan Hari Kekasih esok.

Sejak akhir-akhir ini, perayaan yang tidak pernah disambut di tanah Arab itu dilihat menjadi perkara biasa dalam kalangan belia namun ia diraikan tanpa sebarang nama.



Meskipun jualan, perhiasan dan diskaun barangan adalah secara terang-terangan sempena sambutan itu namun tiada satu pun papan tanda bertulis Hari Kekasih diletakkan di mana-mana.

“Dahulu, kami dilarang menayangkan pakaian dalam atau gaun berwarna merah bagi menyambut kedatangan Hari Kekasih.

“Kini, semuanya dibolehkan kecuali meletakkan papan tanda yang mengiakan sambutan Hari Kekasih,” kata seorang jurujual di Riyadh Mall.

Perayaan untuk pasangan kekasih ini pernah diharamkan di negara yang diberi jolokan tempat kelahiran kepercayaan agama Islam ini.



Namun begitu, Arab Saudi telah mengalami perubahan sosial apabila cuba menampilkan imej yang lebih menarik dan mempelbagaikan ekonominya yang kebiasaannya bergantung kepada minyak.

Ia telah membataskan kuasa polis agama dan memberi lebih banyak kebebasan kepada wanita.

Antara kebebasan itu adalah mereka mempunyai hak untuk memandu dan boleh menambah warna pada pakaian mereka selain daripada jubah abaya hitam biasa.

Tidak semua orang selesa dengan pakaian dalam yang dipamerkan dan merasakan ia satu pemandangan yang mengejutkan selepas berdekad-dekad apabila barang-barang tersebut disimpan dengan ketat di belakang pintu yang tertutup.



“Saya tidak mahu melihat perkara-perkara ini.

“Ia mengganggu saya tetapi ada orang yang menyukainya dan ini adalah kebebasan mereka untuk memilih,” kata seorang wanita tempatan.

Zaman semakin berubah apabila generasi muda Arab Saudi yang mewakili separuh populasi penduduk menyambut Hari Kekasih sama ada mereka menyebutnya begitu atau tidak. K Online

Arab Saudi benar sambutan Hari Kekasih




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker