Kementerian Pendidikan paling banyak ‘projek sakit’
JELI: Kerajaan mengenal pasti 92 projek di seluruh negara yang dikategori sebagai sakit atau bermasalah sehingga menyebabkan kelewatan melebihi jadual dua bulan atau 20 peratus berbanding tempoh ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, 22 daripadanya adalah projek di bawah Kementerian Pendidikan, iaitu tertinggi berbanding projek di bawah kementerian lain.
Katanya, antara penyumbang kepada masalah itu adalah kelewatan kontraktor menyiapkan projek, isu berkaitan perunding serta masalah koordinasi melibatkan klien, agensi pelaksana dan pihak ketiga.
“Mengikut negeri pula, Sabah mempunyai projek sakit paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 16 projek. Tindakan sewajarnya sedang diambil untuk memantapkan kriteria pemilihan dan pelantikan kontraktor serta perunding selain usaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan projek pembangunan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Bukit Bunga Bypass di Bukit Bunga di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kerajaan memandang serius isu-isu penyelarasan dalam pelaksanaan projek selain menekankan bahawa semua pihak yang berkepentingan harus bergerak seiring secara terancang dan bersepadu.
Tambah Mustapa, setakat ini, sebanyak RM75.6 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan 6,755 projek pembangunan di bawah RMK-12 dan jumlah itu lebih tinggi berbanding RM69 bilion yang diluluskan pada tahun lalu
Kementerian Pendidikan paling banyak ‘projek sakit’
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.