11 wanita jual diri melalui WeChat

11 wanita jual diri melalui WeChat

Polis membongkar satu kegiatan sindiket persundalan melalui platform aplikasi sosial WeChat selepas menahan 11 wanita dalam serbuan di empat hotel bajet, di sini semalam.

Serbuan yang bermula kira-kira pukul 3 petang itu membabitkan beberapa kawasan di sekitar Bukit Mertajam, Butterworth dan Simpang Ampat di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, tiga daripada wanita yang ditahan itu merupakan warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing dipercayai dari Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Katanya, turut ditahan dalam Ops Noda Bersepadu itu adalah dua lelaki iaitu pelanggan dan penjaga salah satu daripada hotel terbabit.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dalam serbuan yang sama, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran termasuk tisu, kondom, pelincir, sejumlah wang tunai serta telefon bimbit.

“Siasatan mendapati, sindiket itu menggunakan aplikasi WeChat sebagai medium untuk menarik minat pelanggan sebelum pelacur berusia di antara 25 hingga 47 tahun itu dibawa ke hotel-hotel bajet untuk perkhidmatan seks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai menjadikan hotel-hotel bajet di sekitar daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan sebagai lokasi pilihan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Katanya, setiap pelanggan dikenakan bayaran di antara RM120 hingga RM200 untuk setiap kali perkhidmatan yang ditawarkan itu. K Online

11 wanita jual diri melalui WeChat

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker