Shuib Hadiahkan Tunku Azizah Set Hijab Loveta

Shuib Hadiahkan Tunku Azizah Set Hijab Loveta

Muatnaik foto pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberikan set hijab Loveta kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram menarik perhatian orang ramai.

Tanda Terima Kasih



Menerusi perkongsian pelawak terkenal ini di Instagram nya, pemberian tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih kepada baginda atas ucapan takziah yang dititipkan semasa pemergian isteri tercinta yang juga penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah pada tahun lalu.

“Berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima pemberian Loveta @lovetahq ketika bertemu di Tunku Azizah Golf Challenge 2022.

Pemberian ini juga adalah sebagai titipan rasa terima kasih saya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri tercinta saya @sitisarahraissuddin pada tahun lalu.

Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri Agong yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat.



Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya.

Junjung kasih Raja Permaisuri Agong.” Tulisnya

Netizen Turut Terharu Dan Menitipkan Doa
Melihat muat naik Shuib di media sosial itu, mengundangan banyak ucapan dan doa buat Shuib sekeluarga yang menyentuh hati.

“Alhamdulillah.. Rezeki pasukan.. Tuanku Agong berkenan dengan tudung arwah.. Semoga kita semua terus berjaya..”



“Alhamdulillah.. Amin.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin..”

“Bestnya. Tuanku sudi pakai tudung Loveta. Terharu sangat.”

“Semoga terus murah rezeki Shuib dan anak-anak” komen mereka. Mr

Shuib Hadiahkan Tunku Azizah Set Hijab Loveta




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker