Malaysia perlu ditadbir parti dominan – Zaid

Malaysia perlu ditadbir parti dominan – Zaid

Kerajaan yang mempunyai sebuah parti dominan mampu membawa perubahan dan mentadbir negara dengan berjaya.

Zaid Ibrahim berkata, negara tidak mampu ditadbir secara berkesan oleh kerajaan yang terdiri daripada gabungan parti kecil.



Bercakap mengenai “Masa Depan Politik Malaysia” di Great People TV hari ini, bekas Menteri Undang-undang itu berkata: “Negara ini mempunyai banyak masalah rumit seperti isu kaum, agama, sosial, sejarah dan ia hanya boleh ditadbir sebuah parti yang mempunyai suara sangat dominan.

“Apa yang kita pelajari daripada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah gabungan parti kecil tidak mampu mentadbir negara. Parti mana boleh menang hampir 100 kerusi?”

Zaid berkata, pembahagian kerusi dalam kalangan banyak parti kecil mengundang bencana.

Pada PRU14, katanya, “gabungan parti kecil yang dipanggil Pakatan Harapan” (PH) sepatutnya dapat melakukan lebih baik sekiranya mereka disatukan, tetapi mereka tidak berbuat demikian.



Katanya, Umno mempunyai potensi terbaik untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan negara ini disebabkan saiz dominan sedia ada, selain sudah lama bertapak.

“Umno mempunyai bilangannya dan rakyat. Ia hanya soal sama ada kepimpinan mahu berubah. Tetapi mereka tidak (mahu berubah).”

Bagaimanapun, ia mungkin lebih mencabar bagi parti kecil seperti MUDA dan Pejuang atau gabungan parti kecil lain melakukan perubahan dalam negara ini.

Bagi PAS, katanya, parti itu mungkin mempunyai jumlah itu, tetapi sukar melakukan perubahan diperlukan kerana ia dipimpin ulama.



Mengenai pilihan raya negeri (PRN) Johor pada bulan depan, Zaid berkata: “Saya rasa Umno akan sangat selesa dalam PRN Johor kerana isu di Johor tak begitu rumit.”

PRN Johor akan diadakan 12 Mac, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Mac dan penamaan calon pada 26 Feb. FMT

Malaysia perlu ditadbir parti dominan – Zaid


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker