Halang Kenaikan Harga Barang Disebabkan Kenaikan Tarif Letrik Sektor Bukan Domestik

Oleh Nurul Aishah

WALAUPUN kenaikan harga barang berlaku diseluruh dunia namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab maka kita perlu fikirkan cara terbaik untuk mengekang kenaikan harga barang atau sekurang-kurangnya memperlahankan kenaikan harga tersebut.

Dalam perkara ini, Datuk Seri Najib telah menyeru kerajaan untuk menarik balik kenaikan kadar elektrik bagi sektor bukan domestik sebanyak 15% serta-merta dan hanya membenarkan kenaikan secara berperingkat dengan maksima 5% setiap kali memandangkan harga bahan api dan kos penjanaan telah naik 47%.



Diskaun elektrik sebanyak 10% yang tamat pada akhir bulan September sekarang diikuti dengan kenaikan sebanyak 15% akibat penyelaran Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang bertukar dari rebat 2 sen/kWj ke surcaj 3.7 sen/kWj.

Ini bermaksud kos elektrik bagi pengguna komersial telah naik hampir 28% dalam tempoh 4 bulan sahaja dan ini sudah tentu akan memberi impak yang besar.

Sebarang kenaikkan bagi tariff bukan domestik iaitu komersial dan kilang akan menyebabkan kos operasi mereka meningkat dan akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya menyebabkan kenaikan harga SEMUA barang dan perkhidmatan.

Untuk makluman, semalam, Amerika Syarikat umum kadar inflasi negara itu naik ke 7.5% – kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu.
Ini berikutan United Kingdom juga mencatat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.



Lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah halang pengeluaran bagi semua jenis komoditi. Akibatnya, stok bekalan turun.

Apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka permintaan naik mencanak. Permintaan yang naik mencanak pada ketika stok sudah kurang menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak. Ini adalah dasar asas ekonomi.

Perkara ini telah diramal oleh Datuk Seri Najib sejak tahun lepas dan beliau telah beberapa kali memberi amaran pada kerajaan bahawa inflasi akan menjadi masalah besar dan langkah-langkah serta dasar-dasar proaktif berlu dilaksanakan bagi meredakan tekanan dan menstabilkan harga bagi jangka masa pendek – terutamanya bagi inflasi makanan.

Langkah-langkah ini juga tidak boleh “short-sighted” dan bukan langkah mudah seperti mengenakan harga kawalan sahaja tanpa menyelesaikan masalah asas sehingga menyebabkan bekalan terganggu dan berkurangan.



Walaupun kadar inflasi dan tekanan harga adalah masalah seluruh dunia, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh cari langkah kreatif bagi mengurangkan tekanan bagi ekonomi tempatan.

Itulah kelebihan Datuk Seri Najib. Beliau mampu menjana ekonomi negara disamping menjaga kebajikan rakyat pada masa yang sama.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker