Jangan Selesa Dengan Kemenangan, Jangan Ulangi Kesilapan Lalu, Pesan Tok Mat Hasan

Jangan Selesa Dengan Kemenangan, Jangan Ulangi Kesilapan Lalu, Pesan Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berpesan kepada semua jentera agar jangan rasa selesa dengan kemenangan demi kemenangan yang diperoleh dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Tegas Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu, tanggapan sebegitu perlu dielakkan kerana setiap kawasan atau negeri mempunyai demografi dan profil yang berbeza.

“Mari kita sama-sama bergerak menyusun gerak kerja supaya strategi hadapi PRN Johor dapat dilaksanakan dengan terbaik.

“Syarat hendak menang pilihan raya ini mudah sahaja iaitu jangan ulangi kesilapan-kesilapan yang lalu terutama selesaikan segera apa juga isu dalam rumah tangga kita sebelum berhadapan dengan musuh.

“Musuh memang sedang bersedia untuk menembak kita, untuk melihat BN akan dikuburkan di Johor ini. Mari kita pastikan bahawa tanggapan mereka yang hendak kuburkan UMNO/BN, kita ramai-ramai kuburkan mereka di PRN Johor ini. Semua orang nak lihat UMNO/BN kalah. Ini satu cabaran, amanah, tanggungjawab terpikul di atas kita untuk pastikan kita mesti menang pada PRN pada 12 Mac nanti,” kata Timbalan Presiden UMNO itu dalam majlis taklimat dan penyerahan negeri angkat jentera BN bagi Zon Tengah di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Hasni Mohammad, presiden parti-parti komponen dan rakan gabungan, barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri serta jentera.

Pesan Mohamad atau mesra dengan panggilan Tok Mat Hasan lagi, semua pihak perlu ketepikan segala masalah-masalah yang kecil kerana yang paling penting adalah kemenangan BN.

“Jangan disebabkan gambar-gambar yang kecil atau masalah-masalah yang kecil menyebabkan kita tersangkut kaki. Pandang pada gambar yang besar iaitu ada pihak yang mahu menewaskan kita, jangan disebabkan masalah kecil kita sesama sendiri berbalah-balah, bertengkar dan akhirnya menyebabkan kita kalah dan paling tidak baik adalah adanya perbuatan mensabotaj parti sendiri.

“Belajarlah daripada kesilapan yang lalu. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dulu lawan kita bukan baik, kuat sangat tetapi kita melemahkan diri kita disebabkan perkara-perkara yang remeh maka sama-sama hendak melihat parti tidak menang pada pilihan raya yang lalu.

“Buanglah sikap yang boleh memudaratkan parti sendiri. Penting parti menang dan akan tubuhkan kerajaan kerana yang bertanding di dalam pilihan raya adalah parti. Calon mewakili parti,” katanya. – UMNO ONLINE

Jangan Selesa Dengan Kemenangan, Jangan Ulangi Kesilapan Lalu, Pesan Tok Mat Hasan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker