Kita tak ada masa layan Bersatu – Fathul Bari

PETALING JAYA : Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Fathul Bari Mat Jahya menggesa Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan untuk tidak campur tangan hal Umno susulan ugutan untuk mendedahkan kepincangan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno tidak mempunyai masa untuk melayan ugutan itu kerana pihaknya sedang memfokuskan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Soal mendedahkan kepincangan Umno, itu soal dalaman Umno… krisis dalaman kami biar kami yang uruskan.

“Khabarnya ada menteri (Bersatu) nak lompat dan sebagainya, sepatutnya Bersatu selesaikan hal mereka dan fokus kemenangan di Johor dulu.

“Kami tak sempat nak layan ugutan ini kerana kita dah lancar gerak kerja jentera kita di setiap kawasan kita dan kita bersedia kemenangan di Johor,” katanya kepada FMT.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kangar itu berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Wan Saiful untuk mendedahkan kepincangan dalam Umno dan BN semasa mentadbir negara dahulu dan tindakan pemimpin parti itu pada masa ini.

Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata kesabaran Perikatan Nasional (PN) ada hadnya dan turut mengingatkan “kawan-kawan” Umno agar tidak “menguji yang bukan-bukan”.

Sementara itu, Fathul Bari turut mengingatkan Wan Saiful tidak terlalu bersikap retorik dan terus bekerja bagi memastikan kemenangan Bersatu di Johor.

“(Sikap) itu cuma retorik. Takkanlah ‘level’ Wan Saiful, sahabat saya yang hebat ini nak melayan ‘cybertrooper’. Elok fokus kejayaan PRN,” katanya.

Kita tak ada masa layan Bersatu – Fathul Bari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker