Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima hingga enam tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa berseorangan di rumah dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi.

“Usaha menyelamatkan mangsa dijalankan pada 9.45 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM,” katanya dalam kenyataan.



Zaid berkata, kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Faeez Norzah di talian 013 2773407.

Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengabaikan kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker