Omicron serang 20 negara Asia

Omicron serang 20 negara Asia

Varian amat mudah berjangkit, Omicron ‘menyerang’ sehingga 20 negara di Asia dan menjadi punca kepada sebahagian besar kematian akibat Covid-19, demikian menurut seorang pensyarah di Universiti Chulalongkorn dalam paparan beliau di Facebook seperti dilaporkan laman berita The Nation Thailand.

Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Thira Woratanarat berkata, sejumlah 90.11 peratus kes baharu Covid-19 dan 80.64 peratus kematian di Asia, Eropah serta Amerika Utara dipercayai berpunca daripada varian Omicron.

“Di Eropah sahaja, Omicron merangkumi 52.43 peratus kes baharu dan 29.43 peratus kematian akibat Covid-19,” katanya.

Tambah Thira, wabak Omicron semakin reda di banyak kawasan, namun meningkat di Amerika Selatan, Oceania dan Asia.

“Sehingga 20 negara Asia termasuk Thailand mencatatkan trajektori menaik berdasarkan kes Covid-19 mingguan dan kematian,” ujarnya.

Menurut Thira, tidak mudah untuk Thailand melonggarkan langkah sekatan seperti negara-negara lain berikutan faktor seperti perbezaan dalam keberkesanan vaksin, bilangan orang yang mendapat pelalian dan infrastruktur.

Katanya, kerajaan perlu membuat keputusan untuk membendung penularan Omicron secara berhati-hati dan berdasarkan fakta untuk mencegah kerugian.

“Mendakwa bahawa Omicron kurang berbahaya daripada varian Delta tidak mencukupi untuk dijadikan sandaran dalam membuat keputusan,” kata Thira.

Beliau turut berkata, kerajaan perlu sedar bahawa terdapat kemungkinan pandemik Covid-19 akan berterusan dan menimbang kesannya terhadap rakyat, sektor kesihatan awam dan kesejahteraan negara. K Online

Omicron serang 20 negara Asia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker