Bazar Ramadhan di Wilayah Persekutuan dibenarkan

Bazar Ramadhan di Wilayah Persekutuan dibenarkan

Operasi Bazar Ramadhan di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang bulan puasa pada tahun ini adalah dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, lesen bagi pengoperasian bazar Ramadan tersebut akan diberikan kepada peniaga.

“Kita akan membuka seluas-luasnya kepada mereka yang ingin berniaga untuk mengelakkan daripada dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab menjual lesen.

“Kalau kita beri lesen, mereka kena berniaga dan tak boleh orang lain yang berniaga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Agrobazaar dan Karnival Food Truck Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata, peluang berniaga di bazar Ramadan tersebut sepatutnya diberikan kepada peniaga lebih-lebih lagi dalam membantu mereka sewaktu pasca Covid-19 ketika ini.

“Kita nak orang yang betul-betul berniaga dan dalam keadaan sekarang pasca Covid-19, kita harus menggerakkan aktiviti ekonomi,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa berhubung situasi jangkitan Covid-19.

Mengenai program hari ini, ia julung kali diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga esok bertempat di Tapak Hot Spot Food Truck Presint 2, Putrajaya.

Ia dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan merupakan inisiatif Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi membantu penjaja kecil sederhana di sini yang terkesan akibat pandemik bagi memulihkan perniagaan dan berdaya saing.
K Online

Bazar Ramadhan di Wilayah Persekutuan dibenarkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker