PKR gesa PKP penuh di Sarawak

PKR gesa PKP penuh di Sarawak

PKR gesa PKP penuh di Sarawak

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menggesa kerajaan negeri menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri, PKR Sarawak, Abun Sui Anyit berkata PKP dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri bermula 29 Mei hiingga 11 Jun tidak seketat PKP pertama yang dilaksanakan pada tahun lalu.



Beliau menambah ia juga bukan PKP penuh seperti dikuatkuasakan kerajaan persekutuan mulai 1 hingga 14 Jun 2021.

“PKR Sarawak mengambil maklum jumlah harian terkini kes positif COVID-19 mencanak naik sebanyak 9,020 di seluruh negara berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun PKP yang dikuatkuasakan oleh Sarawak mulai hari ini, 29.5.2021 hingga 11.6.2021 dikatakan tidak seketat PKP yang pertama tahun lepas atau bukanlah PKP sepenuhnya atau total lockdown yang sepenuh seperti yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan mulai 1 hingga 14 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abun, beberapa hari lalu tular satu video di jeti pekan Kapit tentang penumpang bot express berpusu-pusu dan berhimpit-himpit tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penjarakan fizikal satu meter ketika keluar dari bot.



“Ini menyebabkan kita risau melihat keadaan tersebut kemungkinan besar akan mencetus kluster baharu dalam tempoh 14 hari ke depan. Ini belum termasuk di jeti-jeti lain di seluruh Sarawak.

“PKR Sarawak menggesa agar kerajaan negeri menguatkuasakan PKP penuh. Ini bersandarkan kepada kadar kes positif baru Sarawak merupakan yang tertinggi dalam negara atau dunia secara purata per sejuta penduduknya,” katanya.

Tidak boleh bersikap sambil lawa

Tambahnya lagi berdasarkan data itu, kerajaan negeri tidak boleh bersikap sambil lawa dan ego serta mengatakan keadaan di Sarawak masih terkawal.

“Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg digesa untuk menguatkuasakan PKP sepenuhnya di seluruh Sarawak untuk mengelak penularan COVID-19 yang lebih banyak di Sarawak selepas perayaan Gawai ini,” katanya.



Pada 27 Mei 2021 Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri PKP dikuatkuasakan di Sarawak selama 14 hari mulai 29 Mei hingga 11 Jun susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang kini semakin membimbangkan.

Antara SOP, PKP di Sarawak kali ini ialah orang ramai tidak dibenarkan berada di kawasan awam mulai jam 10 malam hingga 5 pagi tanpa alasan munasabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 29 Mei hingga 11 Jun.

SOP PKP ini turut menggariskan larangan rentas negeri kecuali setelah mendapat kelulusan atau permit polis dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui aplikasi Enter Sarawak dan Pengisytiharan Maklumat Kesihatan.

Selain itu katanya pergerakan antara Zon juga tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan perlu dan mempunyai permit polis atau surat daripada majikan atau pas kerja masing-masing.



Waktu pengoperasian bagi semua sektor ekonomi, industri dan lain-lain sektor yang dibenarkan adalah dari jam 6 pagi hingga 8 malam kecuali yang dinyatakan secara khusus dalam mana-mana SOP.

Pada 28 Mei 2021 Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan memaklumkan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini. UB

PKR gesa PKP penuh di Sarawak


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET



Sarawak kekal PKP, tidak lockdown seperti Semenanjung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker