Kit ujian COVID-19 tidak sensitif, beri keputusan palsu

Kit ujian COVID-19 tidak sensitif, beri keputusan palsu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan kit ujian COVID-19 yang tidak sensitif dan memberi keputusan negatif palsu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pihaknya menerima banyak aduan dan pandangan orang ramai mengenai perkara itu, apabila ujian kendiri COVID-19 yang menggunakan sampel air liur dan hidung memberi keputusan berbeza.

Beliau berkata, keputusan negatif palsu itu menyebabkan mereka yang mungkin sebenarnya sudah dijangkiti, tidak menjalani kuarantin dan menyebarkan virus dalam komuniti.

“Tindakan kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada orang ramai bagi melakukan sendiri ujian mengesan COVID-19 tidak berkesan bagi mengasingkan mereka yang dijangkiti daripada orang lain.

“Pada masa sama, mereka bergantung kepada laporan kendiri kepada Kementerian Kesihatan (KKM), yang memberi perbezaan besar dalam pengumpulan statistik.

“Justeru, CAP ingin tahu jika benar kit ujian kendiri itu tidak sensitif, kenapa pihak KKM meminta masyarakat melakukannya sendiri?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, CAP juga bimbang mengenai virus baharu yang mungkin dibawa masuk ke Malaysia apabila sempadan dibuka jika kit ujian berkenaan tidak cukup sensitif bagi mengenal pasti pelancong dijangkiti dan menghalang mereka daripada masuk ke negara ini. BH

Kit ujian COVID-19 tidak sensitif, beri keputusan palsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker