Peter Anthony keluar Warisan, bakal bekerjasama dengan GRS



Peter Anthony keluar Warisan, bakal bekerjasama dengan GRS

Naib Presiden Warisan Peter Anthony mengumumkan keputusannya untuk keluar parti.

Bernama juga memetik Adun Melalap itu sebagai berkata dia bakal menubuhkan parti baru yang akan kerjasama dengan kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengumuman itu dibuatnya kira-kira dua minggu selepas Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur mengarahkan Peter yang juga adalah bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony membela diri terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lalu.

Sementara itu, portal Utusan Malaysia pula melaporkan turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah Adun Limbahau, Juil Nuatim.




Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

Setakat ini lima wakil rakyat termasuk Peter dan Juil yang telah meninggalkan Warisan.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir; Adun Sindumin, Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap Adun Segama, Mohamaddin Ketapi. Mk

NOTA: Adakah tindakannya kerana kes rasuah yang sedang dihadapinya?

Peter Anthony keluar Warisan, bakal bekerjasama dengan GRS





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Leave a Reply

Your email address will not be published.