Wanita tikam kekasih dengan pedang

Wanita tikam kekasih dengan pedang

MISSOURI – Seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat ditangkap kerana membunuh teman lelakinya dengan menggunakan sebilah pedang pada malam menjelang Hari Krismas, lapor laman berita Wion News semalam.

Brittany Wilson, 32, ditemui di luar rumah teman lelakinya dengan pakaian berlumuran darah pada malam hari kejadian, kata polis.



Wanita itu dilaporkan memberitahu polis bahawa dia telah membunuh teman lelakinya, Harrison Stephen Foster, 34, yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badannya.

Motif pembunuhan masih belum diketahui. Wanita itu kini ditahan polis, manakala bon ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$2 juta (RM8.37 juta).

Brittany berdepan pertuduhan membunuh dengan niat dan perbuatan jenayah menggunakan senjata.

Menurut beberapa laporan, wanita itu sendiri yang menghubungi polis selepas pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Jumaat lepas. Apabila anggota-anggota polis memasuki kediaman tersebut, mereka mendapati teman lelakinya sudah tidak bernyawa. K Online



Wanita tikam kekasih dengan pedang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya



Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker