Bunuh adik tukar jantina

Bunuh adik tukar jantina

Baghdad: Seorang lelaki Iraq menembak mati saudara kandungnya dipercayai kerana perbuatan mangsa yang menjalani pembedahan menukar jantina.

Gulf News melaporkan, Polis Dohuk di wilayah Kurdistan memaklumkan bahawa Doski Azad, seorang jurusolek berusia 23 tahun dibunuh oleh abangnya, Chakdar.



Polis Dohuk berkata mayat mangsa ditemukan berhampiran kampung Babukhkii.

Mangsa disyaki dibunuh tidak lama selepas memuat naik gambar ‘transformasinya’ di media sosial.

Polis tahu mengenai kematian Doski tiga hari selepas mangsa dibunuh sebaik menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang abang mangsa.

Media tempatan melaporkan, tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara.



Doski yang meninggalkan rumah lebih lima tahun lalu, menerima pelbagai ugutan daripada keluarganya kerana penampilannya sebelum ini.

Dia tetap menerima ancaman itu walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang ‘wanita’ dan bekerja di salun.

Pengarah daerah Brendar Doski berkata, keluarga Doski memaklumkan mengenai pembunuhan mangsa.

Mereka turut memberikan lokasi mayat Doski dan polis menemui mayat mangsa sebaik tiba di kampung berkenaan. HM



Bunuh adik tukar jantina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker