PDRM sahkan 7 kes kematian OKT, tiada unsur jenayah



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat tujuh kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) dan siasatan mendapati ia tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, setakat ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata daripada tujuh kes dilaporkan itu, empat membabitkan kematian di dalam lokap.

Beliau berkata, dua kes pula meninggal dunia di hospital, manakala satu lagi kematian ketika OKT dalam perjalanan ke hospital.

“Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS yang ditubuhkan pada 1 Januari lalu, memberi jaminan setiap kes kematian dalam tahanan atau jagaan PDRM, akan disiasat secara telus tanpa sebarang kompromi.

“USJKT akan memajukan enam kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut sama ada memerlukan inkues atau sebaliknya,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini.




Bagi mengatasi masalah itu, Azri berkata, PDRM menyarankan klinik bersepadu diwujudkan di setiap lokap bagi memantau tahap kesihatan OKT, namun ia masih pada peringkat cadangan kerana memerlukan kos yang besar.

“Setakat ini, prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat PDRM ialah jika ada OKT mengalami masalah kesihatan, kami akan merujuknya kepada hospital berdekatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azri berkata, pihaknya akan mempertingkatkan integriti PDRM dalam siasatan kes kematian dalam tahanan.

Selain itu, beliau berkata, JIPS akan mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota PDRM dan memastikan tindakan undang-undang diambil jika terdapat bukti kukuh salah laku dalam kes berkenaan.

“USJKT ditubuh untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap PDRM dalam pengurusan kes kematian dalam tahanan. Jika berlaku kematian dalam tahanan, ia boleh menjadi kes sensitif. Maka inilah peranan USJKT,” katanya.




Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan berkata USJKT ditubuhkan pada 1 Januari lalu untuk menyiasat kes kematian ketika berada dalam tahanan, sekali gus memperbaiki imej dan integriti PDRM. – BERNAMA

PDRM sahkan 7 kes kematian OKT, tiada unsur jenayah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Leave a Reply

Your email address will not be published.