Kedah Rubber City bakal wujudkan 15,000 peluang pekerjaan – Ismail

Kedah Rubber City bakal wujudkan 15,000 peluang pekerjaan – Ismail

KUALA NERANG – Projek berimpak tinggi, Kedah Rubber City (KRC) bakal menarik pelaburan berpotensi bernilai RM10 bilion dan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taman perindustrian mesra alam bertaraf dunia itu juga akan memberi pelbagai limpahan manfaat kepada masyarakat setempat.

“Walaupun baru sahaja dilancarkan, KRC sehingga kini telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM4 bilion yang bakal menjana hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Strategik NCER – KRC di Ladang Bukit Ketapang dalam daerah Padang Terap hari ini.
Kata beliau, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi memaju dan membangunkan masyarakat pekebun kecil getah tempatan.

“Ia berpotensi memberi manfaat kepada 73,642 pekebun kecil di negeri Kedah termasuk 11,190 pekebun kecil dari daerah Padang Terap,” ujarnya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Kedah Rubber City bakal wujudkan 15,000 peluang pekerjaan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker