Kit ujian Covid-19 dalam pasaran kurang – Persatuan Farmasi

Kit ujian Covid-19 dalam pasaran kurang – Persatuan Farmasi

Persatuan Farmasi Malaysia mengakui mendapat maklumat bahawa terdapat kekurangan kit ujian Covid-19 di pasaran akhir-akhir ini.

Menurut Presidennya Amrahi Buang, ia kemungkinan disebabkan cuti perayaan Tahun Baru Cina dan sambutan hari Wilayah Persekutuan, pada minggu lalu.

“Ya, saya dapat maklumat bahawa ini telah dan sedang berlaku,” katanya apabila diminta mengulas mengenai terdapat aduan dari orang awam bahawa mereka sukar mendapatkan stok kit ujian tersebut di pasaran sejak akhir-akhir ini. Diharapkan ia selesai pada minggu ini,” katanya.



Pada masa sama, dia tidak menolak punca kekurangan stok kit ujian itu mempunyai kaitan dengan jangkitan Omicron.

“Kita mohon kerajaan mengambil berat tentang isu kekurangan kit kendiri ini kerana ia merupakan salah satu strategi untuk mengawal varian Omicron yang kelihatan lebih cepat kadar kejangkitannya.

“Namun, kes-kes daripada varian Omicron ini kelihatan kurang berbahaya dan kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital-hospital adalah rendah,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat 10,089 kes baru Covid-19 direkodkan dengan jumlah jangkitan baru, iaitu yang tertinggi dalam 127, sejak 2 Oktober lalu.



Mengulas lanjut mengenai isu kekurangan kit ujian kendiri itu, Amrahi menasihatkan supaya orang ramai mendapatkannya dari farmasi-farmasi komuniti yang dipercayai mempunyai kualiti yang terjamin.

“Pembelian daripada sumber-sumber lain terutama nya di atas talian boleh mengundang produk-produk palsu atau berkualiti rendah.

“Akibatnya adalah keputusan negatif yang palsu.

“Ahli-ahli farmasi mampu membantu rakyat dalam perkara ini dengan membantu membekalkan jenama yang berkualiti, bukan produk palsu serta membantu orang ramai melakukan ujian dengan betul serta membantu dalam proses pelaporan di aplikasi MySejahtera,” katanya.



Pada masa sama, dia turut mencadangkan supaya program imunisasi dos penggalak di kalangan warga emas dipertingkatkan lagi.

Di samping dia juga menggesa program imunisasi untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun diberi keutamaan. Mk

Kit ujian Covid-19 dalam pasaran kurang – Persatuan Farmasi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker