Saya akan lawan Khairy di mahkamah

Saya akan lawan Khairy di mahkamah

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam berkata dia bersedia berdepan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyamannya di mahkamah.

Lokman berkata demikian setelah menerima dokumen-dokumen berkaitan saman fitnah yang dibuat Khairy pada 25 Januari lalu.

“Saya dah terima (dokumen saman) dua hari lepas dan saya akan lawan,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Khairy turut menyaman penceramah kontroversi Mohd Rasyiq Mohd atau lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.

Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, Mohd Rasyiq berkata dia akan mengemukakan saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Khairy. Mk

Saya akan lawan Khairy di mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker