Isteri kirim RM8,000 sebulan, suami kahwin lain siap beli rumah

Isteri kirim RM8,000 sebulan, suami kahwin lain siap beli rumah

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan kehidupan yang bahagia dan selesa sehingga sanggup berkorban masa serta berjauhan daripada keluarga demi mencari rezeki.

Namun, lebih menyedihkan apabila pengorbanan yang dilakukan, tidak dihargai oleh pasangan sehingga ada yang sanggup berlaku curang dan mengambil kesempatan ketika pasangan tidak bersama di rumah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli di laman Facebook miliknya berkata, dia berkongsi cerita mengenai kisah seorang isteri yang ditipu oleh suaminya sendiri ketika sedang sibuk bekerja di luar negara.

“Wanita yang berusia lingkungan 40 tahun itu merupakan seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta di negara Arab.

“Dia sanggup berkorban meninggalkan keluarga demi mencari rezeki di luar negara bagi membantu kewangan suaminya dalam membesarkan anak-anak tersayang,” katanya.

Jelasnya, wanita itu akan kirimkan wang belanja sekitar RM8,000 hingga RM10,000 setiap bulan ke dalam akaun suaminya sebagai menampung keperluan makan minum anak-anak serta bayaran pinjaman rumah dan kereta.

Tambah Fahmi, selepas dua tahun menetap di luar negara, wanita itu mengambil cuti panjang pulang ke Malaysia bagi melepaskan rindu terhadap keluarganya.

“Sepanjang wanita itu berada di rumah bersama keluarganya, sikap suaminya seperti sudah berubah dan kerap keluar malam dan pulang lewat pagi.

“Kemudian wanita itu cuba semak dalam akaun bank milik suaminya dan terkejut apabila baki akaun hanya ada RM1,000 sahaja,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, peguam tersebut memaklumkan wanita itu semakin meragui pasangannya sehingga bertindak menyelongkar setiap sudut rumahnya untuk mencari sebarang bukti dan akhirnya menjumpai sijil nikah suaminya bersama wanita lain.

“Dia tunjukkan sijil nikah tersebut kepada suaminya dan selepas ditanya berulang kali, suaminya akhirnya mengaku telah berkahwin lain dan duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak.

“Sebaliknya, digunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baharu,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi berhubung situasi itu.

“Isteri setia dan jujur dalam perhubungan walaupun terpaksa berpisah jauh demi membantu ekonomi rumahtangga, malangnya suami curang dan tak setia. Ambil kesempatan atas budi baik seorang isteri, madu yang dihadiahkan,” kata Nur Zakiah.

Seorang lagi pengguna dengan nama Iesya, turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan lelaki seperti itu.

“Nak bantu suami tak salah, cuma berpada-pada agar tidak ditipu, nanti suami bebas guna duit isteri untuk kepentingan sendiri, lelaki tak berguna kalau jenis seperti ini,” ujarnya. K Online

Isteri kirim RM8,000 sebulan, suami kahwin lain siap beli rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker