Dua Menteri Mahu Lompat Kembali Sertai UMNO

Oleh Nurul Aishah

Dua Menteri dari parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan mahu melompat kembali untuk menyertai UMNO, menurut sumber. Perkara tersebut juga semakin bertiup kencang.

Salah seorang menteri yang mahu melompat itu merupakan bekas ahli UMNO. Beliau seorang yang agak “senior” manakala seorang lagi individu pula agak muda.



Menteri “senior” tersebut memegang jawatan kanan dalam parti PPBM. Menteri yang agak muda pula hanya memegang jawatan biasa tetapi berstatus menteri. Beliau dikatakan selalu berbeza pendapat dengan Muhyiddin. Memandangkan beliau sering dianaktirikan oleh Muhyiddin maka menteri tersebut mengambil keputusan untuk melompat.

Baru-baru ini viral berita beberapa pemimpin kanan Parti PPPBM Johor mengumumkan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, ramai lagi pemimpin PPBM yang lain turut bersedia untuk melompat kembali kepada UMNO.

Lihat saja pemimpin PPBM, mereka mula mencari tapak yang lebih kukuh untuk pastikan kesinambungan talian hayat politik masing-masing. Lompat parti itu hanya perkara biasa bagi mereka. Istilah setia langsung tidak wujud dalam kamus politik “kaki lompat” ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker